Friday 1 June 2012

Aurat Checklist for Women :)

Assalamualaikum,
Hai kawan-kawan !

Haa..sebelum keluar rumah tu, apa kata kita check diri kita iaitu aurat ?
Adakah aurat kita ditutup dengan sempurna ? Check sekarang taw :D
Kalau ditutup dengan sempurna, Alhamdulillah :)

Checklist :

Tudung :
- Tidak jarang.
- Labuh sehingga menutupi dada.
- Menutup keseluruhan rambut.
- Tidak bersanggul tinggi. Wanita bersanggul tinggi seperti bonggol unta tidak akan mencium bau syurga taw !
- Tidak terlalu flashy atau menarik perhatian.




Baju :
- Tidak ketat dan menampakkan bentuk tubuh.
- Tidak jarang
- Labuh menutupi bahagian pinggul. Nampak sopan bukan ?
- Lengan panjang yang terbaik :)
- Seeloknya memakai hand socks !




Seluar / Skirt:
- Seluar panjang dan labuh.
- Pastikan tidak ketat.
- Tidak jarang.
- Pakailah kain dalam kalau memakai kain / skirt.




Lain-lain :
- Tidak bermake up tebal.
- Pakai stokin yer..
- Tidak memakai minyak wangi kerana dapat menarik perhatian kaum Adam !
- Tidak memakai high heels yang mengubah cara anda berjalan dengan sepenuhnya. Menarik perhatian juga yang ni !
-Menjaga tingkah laku dan pergaulan :)

Ok, itulah yang perlu dipastikan setiap kali keluar rumah.
Penting taw ! Kita bolehlah mencuba sedikit demi sedikit kerana lama-lama akan menjadi satu kebiasaan.
Kita takkan rasa kekok lagi. Percayalah.
Siapa kata menutup aurat kelihatan tidak cantik dan bergaya ?

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. InsyaAllah. Aamiiiin.

No comments:

Post a Comment