Wednesday 20 June 2012

Berfacebook sambil Meningkatkan Saham Akhirat !

Assalamulaikum teman-teman,
Ni mesti tengah sibuk main facebook kan..hihi.

Sambil main facebook ni kita boleh juga meningkatkan saham akhirat taw.
Siapa kata tak boleh kan ?
Boleh je. Daripada post perkara yang sia-sia, apa kata kita buat sikit amal kebajikan.
Ni lah masanya kita nak mengejar reda Allah serta pahalaNya.

Tips-tips berguna :
  • Baca Bismillah sebelum mula berfacebook. InsyaAllah dapat berkat kat situ kan :)
  • Mulakan berfacebook dengan niat kerana Allah SWT. InsyaAllah anda dapat pahala.


  • Post sesuatu yang bermanfaat utk semua kat FB tu. Contohnya macam nasihat, hadis , ayat al-Quran dengan niat untuk kebaikan bersama. Bukan untuk riak atau nak orang puji kita.
  • Letaklah gambar-gambar yang menutup aurat. Niat letak gambar tu pun kena betul juga walaupun menutup aurat. Bukan nak bagi orang terpikat dengan kita ye. Hehe :D


  • Lakukan perbincangan ilmu akhirat dan duniawi. Allah suka akan hambaNya yang menuntut ilmu. Join la group-group usrah ke atau anda buat usrah dan ajak rakan-rakan join.
  • Buat page yang menyebarkan dakwah. Jadi orang lain boleh dapat ilmu yang ingin kita sampaikan. Best kan ?
  • Ingatkan rakan-rakan lain bila masuk waktu solat.

Cara mengelakkan diri mendapat dosa ketika berfacebook :

  • Jangan letak gambar yang tidak menutup aurat dan mempunyai pose yang tak sepatutnya. Haram.
  • Jangan LIKE atau COMMENT  gambar  yang tak menutup aurat sebab galakkan lagi orang tu letak gambar macam tu lagi.
  • Post perkara yang boleh mendatangkan kemarahan. Contohnya mengata atau memfitnah orang.
  • Leka berfacebook sampai lupa SOLAT !
  • Post perkara yang tak sepatutnya macam rindu kat pakwe/makwe ke. Lagi orang like, lagi tu dapat dosa.

Haa..tu la tips-tipsnya..
Semoga kita semua mendapat kebaikan dan rahmat dariNya..
SELAMAT BERFACEBOOK !


3 comments:

  1. good3..keep it up!!!
    may ALLAH bless!! ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian saudara.=)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, moga dapat sama2 kita praktikkan dalam kehidupan :D

    ReplyDelete