Sunday 3 June 2012

Bolehkah Wanita Meletakkan Gambar di Laman Sosial ?

Assalamualaikum semua.
Hari ni nak sentuh sikit pasal hukum wanita meletakkan gambar di laman sosial. Sebenarnya boleh atau tidak ?

HUKUM WANITA MENUTUP AURAT MELETAKKAN GAMBAR DI FACEBOOK

Boleh sebenarnya. Wanita boleh letak gambar di facebook atau twitter dan sebagainya dengan syarat mestilah menutup aurat dan tidak bertabarruj iaitu bersolek secara berlebihan seperti yang diharuskan syarak :)

Tetapi gambar jangan besar ! Bukan apa, dikhuatiri dikhianati oleh orang lain. Zaman sekarang orang boleh edit gambar kita dengan pelbagai cara. Hal ini sudah pasti akan menjatuhkan maruah kita. Gambar tu biarlah kecil je iaitu satu inci bak kata Ustaz Azhar Idrus.

Lagi satu, niat masuk gambar tu biarlah betul. Jangan masuk gambar sebab nak bagi kaum Adam terpikat dengan kecantikan kita dan buatkan mereka jatuh cinta dengan kita. Perbetulkan niat. Ibarat menjual diri saja kan ? 

Walaupun menutup aurat, janganlah melakukan gaya yang menggoda . HARAM yer ! Duduk elok-elok buat gaya biasa lagi okey bukan ?

Status Imam muda Fattah di FB :

Status Imam Muda Fattah. Semoga dapat sama-sama kita mengubah diri :)

Pipi tak kembung? : usah dikembungkan 
Mulut tak muncung? : usah dimuncungkan
Mata tak bulat? : usah dibulatkan
Sampai harinya Allah bertanya, apakah motif kamu upload gambar pipi kembung, mulut muncung, mata sepet?Nak biar orang kata 'nice?waalaweh!!Err..mata cantik,nice pic" dan kamu dengan tawadhuknya berkata "eh xde la, kite tak comel, thanks" padahal dalam hati, "OH YEAH!!..That what i want!!"??

Kalau nak kata kat saya, hei!!Ustaz!Talk to my hand la! mind your own business la! Sume bende nak bangkang!,Kolot!"
X DE MASALAH...
Cuma, di hadapan ALLAH nanti, ingat..alasan tu tak sah dan tak valid..agak agak nak jawab apa??




HUKUM WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT MELETAKKAN GAMBAR DI FACEBOOK.

Sudah pastinya haram dan berdosa tanpa diragui lagi. Siapa yang letak gambar tak tutup aurat tu, jom kita delete dengan kadar yang segera. Kita boleh lakukan demi mendapat reda Allah.

Bukan itu sahaja, orang yang mengambil gambar orang yang tidak menutup aurat juga mendapat dosa.

Yang like atau comment gambar tu pun dapat dosa.

Okey, semoga dapat sama-sama kita mengubah diri dan menjaga aurat kita. sama-samalah kita berdoa agar terbuka hati untuk menutup aurat dan mendapat hidayah daripadanya. :)





No comments:

Post a Comment