Assalamulaikum teman-teman,
Ni mesti tengah sibuk main facebook kan..hihi.
Sambil main facebook ni kita boleh juga meningkatkan saham akhirat taw.
Siapa kata tak boleh kan ?
Boleh je. Daripada post perkara yang sia-sia, apa kata kita buat sikit amal kebajikan.
Ni lah masanya kita nak mengejar reda Allah serta pahalaNya.
Tips-tips berguna :
- Baca Bismillah sebelum mula berfacebook. InsyaAllah dapat berkat kat situ kan :)
- Mulakan berfacebook dengan niat kerana Allah SWT. InsyaAllah anda dapat pahala.
- Post sesuatu yang bermanfaat utk semua kat FB tu. Contohnya macam nasihat, hadis , ayat al-Quran dengan niat untuk kebaikan bersama. Bukan untuk riak atau nak orang puji kita.
- Letaklah gambar-gambar yang menutup aurat. Niat letak gambar tu pun kena betul juga walaupun menutup aurat. Bukan nak bagi orang terpikat dengan kita ye. Hehe :D
- Lakukan perbincangan ilmu akhirat dan duniawi. Allah suka akan hambaNya yang menuntut ilmu. Join la group-group usrah ke atau anda buat usrah dan ajak rakan-rakan join.
- Buat page yang menyebarkan dakwah. Jadi orang lain boleh dapat ilmu yang ingin kita sampaikan. Best kan ?
- Ingatkan rakan-rakan lain bila masuk waktu solat.
Cara mengelakkan diri mendapat dosa ketika berfacebook :
- Jangan letak gambar yang tidak menutup aurat dan mempunyai pose yang tak sepatutnya. Haram.
- Jangan LIKE atau COMMENT gambar yang tak menutup aurat sebab galakkan lagi orang tu letak gambar macam tu lagi.
- Post perkara yang boleh mendatangkan kemarahan. Contohnya mengata atau memfitnah orang.
- Leka berfacebook sampai lupa SOLAT !
- Post perkara yang tak sepatutnya macam rindu kat pakwe/makwe ke. Lagi orang like, lagi tu dapat dosa.
Haa..tu la tips-tipsnya..
Semoga kita semua mendapat kebaikan dan rahmat dariNya..
SELAMAT BERFACEBOOK !
good3..keep it up!!!
ReplyDeletemay ALLAH bless!! ^^
terima kasih atas perkongsian saudara.=)
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga dapat sama2 kita praktikkan dalam kehidupan :D
ReplyDelete